Wednesday, November 30, 2022

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 


KELAS : CILIK MUKMIN 

TARIKH : 2 OGOS 2022

MASA : 9:00-9:35 PAGI 

UMUR : 6 TAHUN 

BIL. MURID : 20 ORANG 

TAJUK : RAMA-RAMA CANTIK

TEMA : ALAM HIDUPAN 

SUBTEMA : HAIWAN 

TUNJANG UTAMA : TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI 

FOKUS : 3.0 MENYIASAT ALAM HIDUPAN 

STANDARD KANDUNGAN : SA 3.3 MEMBUAT PENEROKAAN KE ATAS HAIWAN 

STANDARD PEMBELAJARAN : SA 3.3.7 Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan.

KESEPADUAN TUNJANG : Bahasa dan komunikasi


OBKEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat :-

1. Kanak-kanak dapat menampal dan mewarnakan gambar kitaran hidup rama-rama.

2. Kanak-kanak dapat menceritakan semula kitaran hidup rama-rama

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Kanak-kanak sudah mengenal haiwan rama-rama dan ulat beluncas tersebut.

KEMAHIRAN BERFIKIR : Menjana idea, membuat kesimpulan dan mengenal pasti maklumat.

PENERAPAN NILAI : Sabar, bertolak ansur, bekerjasama

BAHAN BANTU MENGAJAR : Projector, pensel warna, kertas lukisan, kertas gambar kitaran hidup rama-rama,gunting.

KOSA KATA :



REFLEKSI :

-Cadangan penambahbaikan 

-Terhadap guru

-Terhadap kanak-kanak 



PENDIDIKAN ISLAM KEPADA KANAK-KANAK


1.0 PENGENALAN


Pendidik merupakan satu perkara penting bagi generasi muda untuk menjalankan kehidupan dan memenuhi tujuan hidupnya secara lebih efektif dan efisyen atau teratur. Oleh itu, pendidikan perlu mempunyai kefahaman yang mendalam dan menyeluruh yang merangkumi proses melatih akhlak,jasmani dan rohaniah yang berasaskan ajaran al-quran dan hadis rasulullah sebagai pegangan utama kehidupan manusia. konsep dalam pendidikan Islam juga merupakan faktor utama dalam melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Selain itu, konsep utama dalam mencapai matlamat pendidikan iaitu membentuk manusia yang mempunyai cita-cita dalam falsafah hidup yang tersendiri. 


2.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN ISLAM KEPADA KANAK-KANAK


Kepentingan pendidikan islam dalam awal kanak-kanak amatlah penting untuk mereka mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu maklumat yang diterima dan dipelajari oleh kanak-kanak.  hanya berasaskan pengetahuan yang tidak dilengkapi dengan penyampaian akidah dan kebaikkan akhlak sebagai pendoman keimanan, maka sudah pastilah nilai penghayatannya tidak berpandukan nilai peradaban yang sempurna. Hal ini akan menyebabkan generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap pemikiranya. Justeru itu, suatu perkara yang amat penting untuk kita teliti  kurikulum pendidikan kanak-kanak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi serba boleh, berketerampilan, berwawasan, tinggi daya intelek dan utuh imannya. pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan daripada kelompok persekitaran yang menjadi cermin kepada pembentukan diri kanak-kanak. Jadi,  pendidikan Islam haruslah merangkumi enam aspek penting dalam membantu pembentukan sahsiah kanak-kanak iaitu aspek kerohanian, aspek jasmani, aspek kognitif,apek emosi, aspek sosial, dan aspek kepimpinan.



3.0 CADANGAN AKTIVITI YANG BERSESUAIAN DENGAN KANAK-KANAK 


a) Kem Bistari Solat


   

   Kem bestari solat ini adalah aktiviti yang dilakukan untuk memastikan kanak-kanak dapat mengetahui cara mengambil wuduk dengan betul dari segi bacaan surah dan perbuatan. Ini dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak dalam mengetahui ilmu agama.


b) Adat Masuk Dan Keluar Tandas



Cara adat masuk tandas & keluar

- baca doa sebelum masuk tandas & keluar tandas.
- mendahulukan kaki kiri sebelum masuk ke tandas dan keluar menggunakan kaki kanan
- hendaklah penutupi kepala dengan kain



c) Cara Mengajar Anak-Anak Mengaji

 

- Mengajar kanak-kanak mengenal huruf Hijaiyah dalam setiap permainannya supaya mereka biasa dengan huruf-huruf tersebut.


4.0 KESIMPULAN


Pendidikan islam  kepada kanak- kanak yang Islam perlu di didik dalam institusi pendidikan terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Islam mempunyai asas tersendiri dalam mendidik dan menyemai asas-asas islam dalam kehidupan seharian pada seawal usia.  Oleh itu, pendidikan islam dapat menerapkan agama pada seawal usia dan menjadikan seorang anak yang sentiasa rindukan syurga. Oleh itu, sebagai umat islam, kita mestilah mencuba sedaya upaya untuk menangani masalah isu pendidikan islam awal kanak-kanak dengan segera. Supaya kanak- kanak tahu apa itu maksud Pendidikan Islam.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 ICT AWAL KANAK- KANAK


1. PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) semakin penting dalam kehidupan seharian. Melalui penggunaan ICT ini segala jenis kerja mudah dilakukan.  Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak- kanak di tadika, ICT perlu diperkenalkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar, berkesan, dan menarik.

Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) dalam Pendidikan Awal Kanak- Kanak juga dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran, dan dapat memperolehi maklumat dengan mudah dan cepat serta dapat berinteraksi dengan rakan- rakannya. Ia juga dapat memperbanyakkan lagi pengalaman pembelajaran kepada kanak- kanak.


2. KEPENTINGAN ICT kepada kanak- kanak

Hal ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta menarik perhatian kanak- kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, guru dan kanak- kanak akan lebih menguasai teknologi – teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap objek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kegunaan ICT ini  sebagai bahan mengajar juga memudahkan guru membuat kerja dan sebagainya.


3. Cadangan Aktiviti yang bersesuaian dengan kanak- kanak


1. Menunjukkan video menggunakan komputer.

      - menunjukkan video kepada kanak- kanak

2. Bermain game atas talian.

- kanak - kanak dapat bermain game secara online menggunakan apps google play.

3. Melukis

 -  kanak - kanak dapat melukis dekat komputer menggunakan word.

4. Organisasi berpandukan youtube.

5. Digital flash card seperti ( ABC dan 123)

-  Dengan menggunakan flash card kanak- kanak dapat mengetahui huruf abjad dan nombor.

6. Teknik melukis berpandukan youtube

7. Melukis berpandukan ‘’ google image’’.

8. Super simple learning ( belajar Bahasa inggeris sambal menyanyi) – youtube

9. Permainan berkaitan Pendidikan.



RUMUSAN

Peranan istitusi Pendidikan dapat meningkatkan lagi kanak – kanak tentang ICT yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat yang beribawa.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN   KELAS : CILIK MUKMIN  TARIKH : 2 OGOS 2022 MASA : 9:00-9:35 PAGI  UMUR : 6 TAHUN  BIL. MURID : 20 ORANG  TAJ...