Wednesday, November 30, 2022

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 ICT AWAL KANAK- KANAK


1. PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) semakin penting dalam kehidupan seharian. Melalui penggunaan ICT ini segala jenis kerja mudah dilakukan.  Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak- kanak di tadika, ICT perlu diperkenalkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar, berkesan, dan menarik.

Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) dalam Pendidikan Awal Kanak- Kanak juga dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran, dan dapat memperolehi maklumat dengan mudah dan cepat serta dapat berinteraksi dengan rakan- rakannya. Ia juga dapat memperbanyakkan lagi pengalaman pembelajaran kepada kanak- kanak.


2. KEPENTINGAN ICT kepada kanak- kanak

Hal ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta menarik perhatian kanak- kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, guru dan kanak- kanak akan lebih menguasai teknologi – teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap objek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kegunaan ICT ini  sebagai bahan mengajar juga memudahkan guru membuat kerja dan sebagainya.


3. Cadangan Aktiviti yang bersesuaian dengan kanak- kanak


1. Menunjukkan video menggunakan komputer.

      - menunjukkan video kepada kanak- kanak

2. Bermain game atas talian.

- kanak - kanak dapat bermain game secara online menggunakan apps google play.

3. Melukis

 -  kanak - kanak dapat melukis dekat komputer menggunakan word.

4. Organisasi berpandukan youtube.

5. Digital flash card seperti ( ABC dan 123)

-  Dengan menggunakan flash card kanak- kanak dapat mengetahui huruf abjad dan nombor.

6. Teknik melukis berpandukan youtube

7. Melukis berpandukan ‘’ google image’’.

8. Super simple learning ( belajar Bahasa inggeris sambal menyanyi) – youtube

9. Permainan berkaitan Pendidikan.



RUMUSAN

Peranan istitusi Pendidikan dapat meningkatkan lagi kanak – kanak tentang ICT yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat yang beribawa.

No comments:

Post a Comment

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN   KELAS : CILIK MUKMIN  TARIKH : 2 OGOS 2022 MASA : 9:00-9:35 PAGI  UMUR : 6 TAHUN  BIL. MURID : 20 ORANG  TAJ...