Wednesday, November 30, 2022

PENDIDIKAN ISLAM KEPADA KANAK-KANAK


1.0 PENGENALAN


Pendidik merupakan satu perkara penting bagi generasi muda untuk menjalankan kehidupan dan memenuhi tujuan hidupnya secara lebih efektif dan efisyen atau teratur. Oleh itu, pendidikan perlu mempunyai kefahaman yang mendalam dan menyeluruh yang merangkumi proses melatih akhlak,jasmani dan rohaniah yang berasaskan ajaran al-quran dan hadis rasulullah sebagai pegangan utama kehidupan manusia. konsep dalam pendidikan Islam juga merupakan faktor utama dalam melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Selain itu, konsep utama dalam mencapai matlamat pendidikan iaitu membentuk manusia yang mempunyai cita-cita dalam falsafah hidup yang tersendiri. 


2.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN ISLAM KEPADA KANAK-KANAK


Kepentingan pendidikan islam dalam awal kanak-kanak amatlah penting untuk mereka mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu maklumat yang diterima dan dipelajari oleh kanak-kanak.  hanya berasaskan pengetahuan yang tidak dilengkapi dengan penyampaian akidah dan kebaikkan akhlak sebagai pendoman keimanan, maka sudah pastilah nilai penghayatannya tidak berpandukan nilai peradaban yang sempurna. Hal ini akan menyebabkan generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap pemikiranya. Justeru itu, suatu perkara yang amat penting untuk kita teliti  kurikulum pendidikan kanak-kanak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi serba boleh, berketerampilan, berwawasan, tinggi daya intelek dan utuh imannya. pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan daripada kelompok persekitaran yang menjadi cermin kepada pembentukan diri kanak-kanak. Jadi,  pendidikan Islam haruslah merangkumi enam aspek penting dalam membantu pembentukan sahsiah kanak-kanak iaitu aspek kerohanian, aspek jasmani, aspek kognitif,apek emosi, aspek sosial, dan aspek kepimpinan.



3.0 CADANGAN AKTIVITI YANG BERSESUAIAN DENGAN KANAK-KANAK 


a) Kem Bistari Solat


   

   Kem bestari solat ini adalah aktiviti yang dilakukan untuk memastikan kanak-kanak dapat mengetahui cara mengambil wuduk dengan betul dari segi bacaan surah dan perbuatan. Ini dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak dalam mengetahui ilmu agama.


b) Adat Masuk Dan Keluar Tandas



Cara adat masuk tandas & keluar

- baca doa sebelum masuk tandas & keluar tandas.
- mendahulukan kaki kiri sebelum masuk ke tandas dan keluar menggunakan kaki kanan
- hendaklah penutupi kepala dengan kain



c) Cara Mengajar Anak-Anak Mengaji

 

- Mengajar kanak-kanak mengenal huruf Hijaiyah dalam setiap permainannya supaya mereka biasa dengan huruf-huruf tersebut.


4.0 KESIMPULAN


Pendidikan islam  kepada kanak- kanak yang Islam perlu di didik dalam institusi pendidikan terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Islam mempunyai asas tersendiri dalam mendidik dan menyemai asas-asas islam dalam kehidupan seharian pada seawal usia.  Oleh itu, pendidikan islam dapat menerapkan agama pada seawal usia dan menjadikan seorang anak yang sentiasa rindukan syurga. Oleh itu, sebagai umat islam, kita mestilah mencuba sedaya upaya untuk menangani masalah isu pendidikan islam awal kanak-kanak dengan segera. Supaya kanak- kanak tahu apa itu maksud Pendidikan Islam.

No comments:

Post a Comment

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN   KELAS : CILIK MUKMIN  TARIKH : 2 OGOS 2022 MASA : 9:00-9:35 PAGI  UMUR : 6 TAHUN  BIL. MURID : 20 ORANG  TAJ...