Monday, October 31, 2022

SAINS AWAL KANAK-KANAK

 

1.0 PENGENALAN


           Sains Awal Kanak-kanak dikenali sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam semula jadi. Dalam bidang sains Awal Kanak-Kanak terbahagi kepada tiga aspek iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Sains Awal Kanak-Kanak adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Di samping itu, sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Penerapan pendidikan awal  matlamat pendidikan awal sains kepada kanak-kanak dapat membentuk dan memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran (Harlan & Jelly,1989).  Dalam bidang ilmu sains Awal juga membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Dalam bidang sains Awal Kanak-Kanak juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar dengan menggunakan organ deria dan peralatan yang mudah.  


2.0 KEPENTINGAN SAINS AWAL KEPADA KANAK-KANAK

Kepentingannya ialah kanak-kank dapat mengembangkan bahasa dan kefahaman serta meningkatkan kosa kata mereka. Kepentingan yang kedua pula adalah dapat menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak. Yang ketiga pula, Dapat meningkatkan gaya ingatan dan kebolehan mengelaskan sesuatu objek. Akhir sekali Dapat mengukuhkan perkembangan sosial serta emosi semasa menjalankan proses sains dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri. Berikutnya, Ibu bapa perlu sentiasa melibatkan anak-anak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan penyelesaian masalah dalam sesuatu yang menyeronokkan.


3.0  Cadangan Aktiviti yang Bersesuaian dengan Kanak-kanak


A) Eksperimen gunung berapi


 

Link: https://youtu.be/nfRqNWZ0k8o



B) Eksperimen tenggelam dan timbul



Link: https://youtube.com/watch?v=rEwHUeL-yHY&feature=share



C) Eksperimen tekanan udara


 

Link : https://youtu.be/jE5lX3gr5ZQ




4.0 KESIMPULAN


Sebagai kesimpulannya, kanak-kanak perlu melakukan eksperimen sendiri mengenai apa yang terjadi di sekelilinya. Penerangan yang jelas perlu dilakukan supaya tanggapan salah yang telah ada pada mereka sebelum ini dapat di perbetulkan. Ini bertujuan agar tanggapan yang salah itu tidak tersebar luas. Daya geseran ini perlu diajar kepada kanak-kanak supaya dapat memperbetulkan salah anggap, mengaplikasinya di kehidupan seharian serta dapat menjaga keselamatan diri dan keluarga. Sebagai seorang guru, hendaklah membantu kanak-kanak dalam memperbetulkan tanggapan yang salah Guru pula menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan berkesan. Kepelbagaian pendekatan dan strategi juga dapat meningkatkan kebolehan menganalisis dan mentafsirkan alam sekeliling.

 


MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

 Apa itu Matematik Awal Kanak-Kanak ?


1.0 Pengenalan

       Konsep pembelajaran matematik di konsepkan sebagai sesuatu proses dimana kanak-kanak membina dan membentuk ilmu di bidang matematik dengan memperkaitakan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Ini dapat di sokong dengan pandangan yang di keluarkan oleh NCTM , 1989 yang mengatakan bahawa antara perkara yang perlu di ambil kira dalam menggunakan konsep konstruktif dalam pengajaran kanak-kanak ialah konteks pembelajaran , peringkat perkembangan kognitif dari interaksi sosial yang berlaku semasa pembelajaran.

Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal Matematik dalam mengenali angka nombor dan bilangan bukan berdasarkan konsep "semua" atau "tiada langsung" tetapi berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam  tentang angka dan konsep-konsep pengiraan (Baroody , 1987 ) .



2.0  Kepentingan Matematik Kepada Kanak-kanak 


        Kepentingan Matematik dalam awal kanak-kanak amatlah penting untuk mereka mengetahui apa aitu erti nombor dan pengiraan dalam sesuatu perkara . Misalnya , kanak-kanak boleh menyelesaikan sesuatu pengiraan dengan kaedah tambah dan tolak dalam usia mereka yang mencecah 5-6 tahun . Selain itu , mereka juga dapat membilang dan mengenal setiap angka nombor-nombor tersebut .


Teori Kognitif

Di definisikan sebagai paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pelbagai pengetahuan untuk memahami dunia persekitaran mereka .


     2.1 Perkembangan Kognitif

Kanak-kanak dapat merangkumi proses pengelasan konsep , ruang , konsep nombor , proses sains dan menyelesaikan masalah .

Kanak-kanak juga dapat berfikir secara logik matematik melalui manipulasi objek secara konkrit 


3.0  Cadangan Aktiviti Untuk Kanak-kanak 


     


                              Dam Ular 

Cara Bermain : 

1) Permainan dam ular ini di mainkan seramai 5-6 orang sahaja.

2) Permainan ini memerlukan satu dadu atau dua dadu untuk di balingkan ke atas dam ular tersebut.

3) Para pemain perlulah mengerakkan penanda mereka selepas dadu di balingkan dan bergerak mengikut jumlah balingan dadu tersebut.

4)  Ulang semula balingan dadu kepada pemain yang lain sehingga berjumpa si pemenang tersebut.

                                



                           Numbering  

Cara Bermain : 

1) Permainan ini sangat mudah , ianya hanya mengikuti kad nombor yang terpapar di atas itu smbil mengerakkan bebola kecil itu mengikut jumlah kad nombor yang terpapar di atas itu.


                        



                         Game Online Cashier 

Cara Bermain :

1) Permainan game cashier ini mengembalikan duit kepada pelanggan yang membeli dengan kadar jumlah wang yang di beri serta pengembalian wang tersebut kepada pelanggan tersebut.

2)  Jumlah wang yang di paparkan serta simbol nombor pada duit dapat membantu kanak-kanak bermain dengan baik sekali gus dapat meningkatkan tahap pemikiran mereka terhadap nombor dan mata wang.


4.0 Rumusan

       Pembelajaran Matematik bukan sahaja diperluaskan di sekolah , malah ianya bermula di pra-sekolah lagi. Ini kerana pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh yang membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi.






SENI AWAL KANAK-KANAK

 APA ITU SENI AWAL KANAK-KANAK?

1. Pengenalan

Kreativiti dapat ditakrifkan sebagai kemampuan iaitu kebolehan seseorang untuk mencipta daya kreatif, kekreatifan serta mengembangkan sesuatu yang baru dan yang asli menurut Kamus Dewan (2002). Kreativiti juga berasal daripada perkataan Latin iaitu “ creare” yang bermaksud “membuat” manakala perkataan Greek pula “creare” membawa makna memenuhi. Dapatlah disimpulkan bahawa kreativiti ini membawa maksud penghasilan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. 

Oleh itu, sangat penting bagi seseorang yang bergelar guru di Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk  merangsang minda mereka justeru  dapat mencungkil bakat kanak-kanak dari awal. Hal ini kerana kanak-kanak dilahirkan dengan sifat yang dinamik serta merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak mengikut tumbesaran mereka. Oleh hal demikian, penting bagi seseorang kanak-kanak untuk diberikan pendedahan kepada subjek seni. Seni dapat didefinisikan sebagai suatu proses dimana kanak-kanak dapat mengekspresi emosi mereka dengan cara efektif.

2. Kepentingan seni kepada kanak-kanak

Kanak-kanak yang didedahkan dengan seni mempuyai daya pemikiran yang kreatis dan kreatif. Hal ini kerana seseorang kanak-kanak lebih suka mengekspresikan emosi mereka melalui lukisan. Secara tidak langsung, kanak-kanak ini dapat meningkatkan perkembangan kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi serta perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. 

2.1 Perkembangan Kognitif

Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak dalam membuat keputusan.

2.2 Perkembangan Fizikal 

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada psikomotor serta koordinasi tangan dengan mata.

2.3 Perkembangan Kreativiti

Melalui aspek kreativiti pula, kanak-kanak dapat mengembangkan aspek kreativiti mereka kerana mereka bebas untuk melukis atau menghasilkan apa saja yang mereka inginkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, aktiviti Pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksprementasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. 

2.4 Perkembangan Persepsi

Melalui subjek seni visual, kanak-kanak dapat meningkatkan serta menajamkan penggunaan pancaindera dan juga deria. Melalui seni juga, kanak-kanak dapat menambah pengetahuan mereka berkaitan konsep pembuatan dan penghasilan sesuatu produk atau objek. 

2.5 Perkembangan Sosial dan Emosi

Kanak-kanak dapat berinteraksi serta dapat meningkatkan keupayaan bersosial melalui subjek Pendidikan Seni Visual. Seterusnya, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat-menghormati dan dapat memupuk perasaan bertoleransi. 

3. Cadangan Aktiviti yang Bersesuaian dengan Kanak-kanak


a) Lipatan Kertas Origami



Aktiviti lipatan kertas dapat dilakukan bersama anak-anak. Selain daripada mampu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak, anak-anak juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor. Contoh lipatan kertas origami yang dapat dilakukan adalah origami kapal. Ibu bapa atau guru boleh merujuk video di bawah sebagai panduan.


Link: https://youtu.be/u6U8JSshzsA


b) Haiwan Plate Kertas




Aktiviti haiwan plate kertas merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana ibu bapa atau guru dapat mengajar kanak-kanak berkaitan haiwan. Seperti yang dilihat pada gambar rajah di atas, antara haiwan yang dapat dilakukan adalah seperti ayam, beruang koala, monyet dan juga zirafah. Contoh yang diambil adalah ayam. Bahan-bahan untuk membuat haiwan plate kertas adaah dengan menggunakan plate kertas, kertas warna, gam, gunting dan juga mata hiasan untuk di jadikan mata ayam tersebut. 

Cara-caranya adalah dengan mengguntingkan kertas warna untuk dijadikan kepak, ekor, paruh dan juga kaki. Seterusnya menampalkan kertas yang telah digunting ke atas plate kertas mengikut tempat yang sepatutnya. Kemudian menampalkan mata hiasan pada plate kertas. 



c) Sand Moon





Sand Moon ini merupakan aktiviti yang mampu menguatkan psikomotor kanak-kanak kerana dengan menggunakan sand moon ini, kanak-kanak dapat menggunakan jari mereka. Secara tidak langsung, ia mampu memupuk perkembangan kreativitii dan juga estetika.  Kanak-kanak dapat menghasilkan pelbagai-bagai bentuk mengikut kreativiti mereka. 






Link : https://youtu.be/_-2nm__bLI8


d) Telur Karton





Telur  karton merupakan aktiviti santai yang dapat dilakukan untuk menarik minat kanak-kanak. Aktiviti ini membantu perkembangan kognitif serta fizikal dan estetika kanak-kanak kerana kanak-kanak menggunakan fikirannya untuk menghasilkan sesuatu daripada sarang telur yang terbuang. Hal ini menjimatkan kos para ibu bapa kerana hanya menggunakan  barang yang hanya terdapat di rumah sahaja serta menggunakan warna air sebagai hiasan supaya karton  yang dihasilkan menarik.

e) Cat Milk Magic




Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah segelas susu kecil, pewarna makanan, dan juga sebotol pencuci pinggan mangkuk dan juga lidi kecil atau ibu bapa dan guru boleh meminta kanak-kanak menggunakan jari mereka untuk menghasilkan corak. Cara-caranya adalah dengan meletakkan susu ke dalam mangkuk dan masukkan pewarna makanan beserta sabun pencuci pinggan. Untuk menghasilkan corak yang cantik atau pelbagai, kanak-kanak boleh mengukirkan menggunakan lidi ataupun jari mereka dengan pemantauan ibu bapa atau guru. 


4. Rumusan 

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang unik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Victor Lewenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental kanak-kanak serta perkembangan yang menyeluruh bagi setiap perkembangan awal kanak-kanak. 

 Oleh itu, sangat penting bagi seseorang yang bergelar pendidik untuk mencungkil bakat yang terpendam oleh kanak-kanak sejak merah tapak kaki lagi kerana mampu membantu kanak-kanak membesar dengan seimbang. Guru merupakan peranan utama bagi membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu kreativiti yang menarik dan unik. Selain itu juga, ibu bapa perlu mendedahkan subjek seni kepada kanak-kanak dengan meluangkan masa bersama kanak-kanak dan turut serta kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak. 

Sunday, October 30, 2022

RUJUKAN

 RUJUKAN

SENI AWAL KANAK-KANAK

1)    https://www.academia.edu/11146350/Seni_dan_kanak_kanak

2)    https://ms.actince.com/18-projek-seni-dan-kraf-untuk-kanak-kanak/

3)    http://www.scribd.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak


MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

1) https://www.academia.edu 

2) https://www.coursehero.com


SAINS AWAL KANAK-KANAK

1) http://pakkteachers98.blogspot.com/2017/07/sains-awal-kanak-kanak.html

2) https://scienceisfun00.blogspot.com/2020/03/tujuan-pendidikan-sains-awal.html

3) https://www.coursehero.com/file/p7cebgq4/KESIMPULAN-Sebagai-kesimpulannya-kanak-kanak-gemar-melakukan-eksperimen-sendiri/


ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1) https://cikgu2gojes.blogspot.com/2017/03/penggunaan-ict-dalam-pendidikan-awal.html

2) http://pi1mputrajayafasa10.blogspot.com/2015/01/10-aktiviti-ict-dalam-pendidikan-awal.html


PENDIDIKAN ISLAM KEPADA KANAK-KANAK

1) https://id.scribd.com/document/50615882/Kepentingan-Pengajaran-dan-Pembelajaran-Pendidikan-Islam-Yang-Berkesan

2)     https://www.researchgate.net/publication/307173752_Pendidikan_Awal_Kanak-Kanak_Menurut_Perspektif_Islam

3) https://mutiaraislam.wordpress.com/2010/01/26/pentingnya-pendidikan-islam-kepada-anak-anak/


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1) Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan , semakan (2017). 


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN   KELAS : CILIK MUKMIN  TARIKH : 2 OGOS 2022 MASA : 9:00-9:35 PAGI  UMUR : 6 TAHUN  BIL. MURID : 20 ORANG  TAJ...