Monday, October 31, 2022

SENI AWAL KANAK-KANAK

 APA ITU SENI AWAL KANAK-KANAK?

1. Pengenalan

Kreativiti dapat ditakrifkan sebagai kemampuan iaitu kebolehan seseorang untuk mencipta daya kreatif, kekreatifan serta mengembangkan sesuatu yang baru dan yang asli menurut Kamus Dewan (2002). Kreativiti juga berasal daripada perkataan Latin iaitu “ creare” yang bermaksud “membuat” manakala perkataan Greek pula “creare” membawa makna memenuhi. Dapatlah disimpulkan bahawa kreativiti ini membawa maksud penghasilan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. 

Oleh itu, sangat penting bagi seseorang yang bergelar guru di Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk  merangsang minda mereka justeru  dapat mencungkil bakat kanak-kanak dari awal. Hal ini kerana kanak-kanak dilahirkan dengan sifat yang dinamik serta merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak mengikut tumbesaran mereka. Oleh hal demikian, penting bagi seseorang kanak-kanak untuk diberikan pendedahan kepada subjek seni. Seni dapat didefinisikan sebagai suatu proses dimana kanak-kanak dapat mengekspresi emosi mereka dengan cara efektif.

2. Kepentingan seni kepada kanak-kanak

Kanak-kanak yang didedahkan dengan seni mempuyai daya pemikiran yang kreatis dan kreatif. Hal ini kerana seseorang kanak-kanak lebih suka mengekspresikan emosi mereka melalui lukisan. Secara tidak langsung, kanak-kanak ini dapat meningkatkan perkembangan kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi serta perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. 

2.1 Perkembangan Kognitif

Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak dalam membuat keputusan.

2.2 Perkembangan Fizikal 

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada psikomotor serta koordinasi tangan dengan mata.

2.3 Perkembangan Kreativiti

Melalui aspek kreativiti pula, kanak-kanak dapat mengembangkan aspek kreativiti mereka kerana mereka bebas untuk melukis atau menghasilkan apa saja yang mereka inginkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, aktiviti Pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksprementasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. 

2.4 Perkembangan Persepsi

Melalui subjek seni visual, kanak-kanak dapat meningkatkan serta menajamkan penggunaan pancaindera dan juga deria. Melalui seni juga, kanak-kanak dapat menambah pengetahuan mereka berkaitan konsep pembuatan dan penghasilan sesuatu produk atau objek. 

2.5 Perkembangan Sosial dan Emosi

Kanak-kanak dapat berinteraksi serta dapat meningkatkan keupayaan bersosial melalui subjek Pendidikan Seni Visual. Seterusnya, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat-menghormati dan dapat memupuk perasaan bertoleransi. 

3. Cadangan Aktiviti yang Bersesuaian dengan Kanak-kanak


a) Lipatan Kertas Origami



Aktiviti lipatan kertas dapat dilakukan bersama anak-anak. Selain daripada mampu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak, anak-anak juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor. Contoh lipatan kertas origami yang dapat dilakukan adalah origami kapal. Ibu bapa atau guru boleh merujuk video di bawah sebagai panduan.


Link: https://youtu.be/u6U8JSshzsA


b) Haiwan Plate Kertas




Aktiviti haiwan plate kertas merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana ibu bapa atau guru dapat mengajar kanak-kanak berkaitan haiwan. Seperti yang dilihat pada gambar rajah di atas, antara haiwan yang dapat dilakukan adalah seperti ayam, beruang koala, monyet dan juga zirafah. Contoh yang diambil adalah ayam. Bahan-bahan untuk membuat haiwan plate kertas adaah dengan menggunakan plate kertas, kertas warna, gam, gunting dan juga mata hiasan untuk di jadikan mata ayam tersebut. 

Cara-caranya adalah dengan mengguntingkan kertas warna untuk dijadikan kepak, ekor, paruh dan juga kaki. Seterusnya menampalkan kertas yang telah digunting ke atas plate kertas mengikut tempat yang sepatutnya. Kemudian menampalkan mata hiasan pada plate kertas. 



c) Sand Moon





Sand Moon ini merupakan aktiviti yang mampu menguatkan psikomotor kanak-kanak kerana dengan menggunakan sand moon ini, kanak-kanak dapat menggunakan jari mereka. Secara tidak langsung, ia mampu memupuk perkembangan kreativitii dan juga estetika.  Kanak-kanak dapat menghasilkan pelbagai-bagai bentuk mengikut kreativiti mereka. 






Link : https://youtu.be/_-2nm__bLI8


d) Telur Karton





Telur  karton merupakan aktiviti santai yang dapat dilakukan untuk menarik minat kanak-kanak. Aktiviti ini membantu perkembangan kognitif serta fizikal dan estetika kanak-kanak kerana kanak-kanak menggunakan fikirannya untuk menghasilkan sesuatu daripada sarang telur yang terbuang. Hal ini menjimatkan kos para ibu bapa kerana hanya menggunakan  barang yang hanya terdapat di rumah sahaja serta menggunakan warna air sebagai hiasan supaya karton  yang dihasilkan menarik.

e) Cat Milk Magic




Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah segelas susu kecil, pewarna makanan, dan juga sebotol pencuci pinggan mangkuk dan juga lidi kecil atau ibu bapa dan guru boleh meminta kanak-kanak menggunakan jari mereka untuk menghasilkan corak. Cara-caranya adalah dengan meletakkan susu ke dalam mangkuk dan masukkan pewarna makanan beserta sabun pencuci pinggan. Untuk menghasilkan corak yang cantik atau pelbagai, kanak-kanak boleh mengukirkan menggunakan lidi ataupun jari mereka dengan pemantauan ibu bapa atau guru. 


4. Rumusan 

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang unik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Victor Lewenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental kanak-kanak serta perkembangan yang menyeluruh bagi setiap perkembangan awal kanak-kanak. 

 Oleh itu, sangat penting bagi seseorang yang bergelar pendidik untuk mencungkil bakat yang terpendam oleh kanak-kanak sejak merah tapak kaki lagi kerana mampu membantu kanak-kanak membesar dengan seimbang. Guru merupakan peranan utama bagi membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu kreativiti yang menarik dan unik. Selain itu juga, ibu bapa perlu mendedahkan subjek seni kepada kanak-kanak dengan meluangkan masa bersama kanak-kanak dan turut serta kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak. 

No comments:

Post a Comment

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN   KELAS : CILIK MUKMIN  TARIKH : 2 OGOS 2022 MASA : 9:00-9:35 PAGI  UMUR : 6 TAHUN  BIL. MURID : 20 ORANG  TAJ...